Association Of Chartered Certified Accountants ( ACCA )





Assalamualaikum . I'm thinking of posting some entry then this topic came up in my mind . I would like to introduce a little things about ACCA since not many of us know about this great programme . Ok . First of all , what is ACCA ? ACCA stands for the Association Of Chartered Certified Accountants , a leading international accountancy body . Program ni lebih kurang sama macam ijazah sarjana muda akaun la .. tapi dia lebih atas sikit .. If dah habis buat ijazah sarjana then rasa nak sambung buat ACCA , memang digalakkan . Sebabnya kita dah tambah lagi satu kelulusan kita dan peluang untuk dapat kerja memang makin menyebelahi kita .Lagipun negara kita memerlukan ramai akauntan-akauntan professional yang mempunyai kelulusan ACCA .



Apa la lebihnya ACCA ni ? Nampak macam biasa-biasa je . Kos ni kos yang jenis tak laku ke bila nak apply kerja ? Kenapa tak ramai orang tahu pasal ACCA ni ? Kenapa tak ramai yang belajar ACCA ni ? Haa .. tu sedikit sebanyak soalan yang selalu orang tanya bila aku cakap aku belajar dalam program ni . Ok , aku terangkan satu-satu secara ringkas sebab kalau panjang-panjang sangat korang tak faham ..


Kelebihan ACCA .

1 . Kau boleh kerja dekat organisasi mana-mana je yang terlibat dengan bisnes . Skop bisnes ni luas ye , bukan setakat duduk dalam pejabat kira keuntungan je .

2 . Bukan nak berlagak la tapi majikan dan klien kita pandang tinggi dekat kita kalau kita ada kelulusan ACCA .

3 . Boleh kerja dekat 170 buah negara yang diiktiraf sebab kelulusan ACCA bertaraf dunia ok .

4 . Korang nak ambik exam dekat mana-mana pun boleh . sangat fleksibel .

5 . Setakat ni exam secara bertulis ada dua kali satu tahun . Nak kerja sambil study pun boleh .

6 . On demand . Tak habis belajar pun dah boleh apply kerja dan ramai jugak yang akan offer kerja dekat korang .

7 . Bila dah habis belajar , still lagi tak dapat membership dari ACCA . kena kerja dulu minimum 3 tahun baru korang boleh berlagak letak gelaran Chartered Accountant (CA) dekat belakang nama korang .

8 . Gaji mahal sikit la dari lepasan degree . Ni berdasarkan survey aku la . Kalau aku salah , i'm sorry ok ?

9 . Boleh apply untuk dapatkan kelulusan ijazah dari Oxford Brookes University . Kira macam advance la . Taknak pun takpe .

10 . Markah bukan dikira berdasarkan pointer . Markah exam cuma ada lulus atau gagal dan percentage je  . Minimum markah untuk lulus , 50 % .


Dah banyak dah rasanya aku kasi kelebihan tu .. kalau korang hadam semua kelebihan tu bermakna korang tahu la yang memang ramai orang dan syarikat-syarikat yang akan offer korang untuk kerja . So , masalah menganggur tu memang takkan ada kecuali memang korang yang taknak kerja .


Masalah kenapa tak ramai yang ambik kos ni adalah perbelanjaan kos ni boleh dikatakan agak mahal di Malaysia . Semua yuran exam , yuran keahlian dan lain-lain yang berkaitan adalah dalam mata wang pound sterling . Kenapa ? sebab program ni ialah program antarabangsa yang berpusat di UK . maka semua fees perlu mengikut currency di UK . Sebab kedua kenapa tak ramai yang ambik ACCA ialah risiko yang tinggi . Setiap kali korang tak lulus untuk apa-apa subjek , korang kena ulang balik exam tu dan setiap kali ulang kena bayar yuran exam dalam pound sterling . Setiap subjek berharga dalam RM 250 sehingga RM 700 .Nampak tak permainan nya disitu ? haha ..


Setakat ni dulu la aku cerita pasal ACCA .. ada apa-apa soalan ? tanya aku kat ruangan komen . atau follow twitter aku @shaalnashfah dan tanya lah aku apa-apa je kat situ ..  adios .. assalamualaikum .



p/s : sekarang aku tengah ambik paper F4 , F5 dan F6 .. alhamdulillah aku lulus semua exam aku untuk foundation , CAT . Foundation CAT aku buat dalam masa 1 tahun .






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Program Asasi Universiti Malaya

Hi . Disebabkan sekarang ni musim untuk isi UPU,aku pun nak share something about PASUM ni . Bagi lepasan SPM yang tertanya-tanya macam mana budak-budak PASUM ni belajar,berapa A kena dapat nak masuk PASUM,duduk kolej berapa,belajar berapa subjek dan soalan-soalan setopik dengannya , jom baca post ni . Maybe aku akan selitkan sedikit perbandingan dengan Asasi Uitm Puncak Alam dan post ni cuma sebahagian dari pengalaman aku dan apa yang aku rasa . Ok . Let's start .

First sekali,baru-baru ni aku dengar yang UM dah ketatkan syarat nak masuk PASUM . Means that korang kena hadir interview untuk masuk kat asasi ni . Nampak tak kemengadaannya kat situ ? Masa kitorang dulu takde semua ni . Alhamdulillah . Hihi . Dari pengalaman aku,budak yang nak masuk asasi UM ni kena dapat sekurangnya-kurangnya 9A , baru dapat masuk sini . Kebanyakkan budak asasi kat sini,semuanya dapat straight A's . Tak kisah la dapat A+ ke, A- ke ,janji A ye . Batch kitorang PASUM 2012/2013, masa mula-mula nak daftar punya la ramai gila . almost 2000 budak yang nak daftar . Batch kitorang paling ramai daftar untuk PASUM sampaikan bilik kat kolej tak cukup untuk menampung budak-budak ni . Program Asasi UM ni ada 2 semester . 1 semester,6 bulan ye . Means , asasi kat UM ni hanya setahun . Sekarang ni aku belum habis PASUM lagi . Program kitorang akan habis pada 14/4/2013 . Bila korang dah diterima masuk kat sini,jangan lupa untuk isi borang yang diberi dengan selengkapnya sebab nanti susah . Macam-macam masalah korang kena selesaikan . Medical check-up tu kalau boleh buat je la dekat hospital swasta . Hospital kerajaan lambat sikit . So,benda tu dah melambatkan kerja korang . Masa buat medical checkup tu,make sure kamu bagitau doktor or nurse yang kamu nak buat blood test . Hanya asasi UM je yang kena buat blood test . Dokumen-dokumen yang penting tu kalau boleh,buat salinan dan bawa bila datang UM . Salinan muka depan Bank Islam tu wajib bawak sebab nanti pihak pejabat PASUM nak uruskan hal elaun . Nanti diorang akan mintak salinan tu .

Awal-awal masuk PASUM,bawak duit banyak-banyak . Haha . Bukan apa . Nanti korang nak beli buku rujukan,senang . Hari pertama masuk asasi UM ,lepas dah daftar, korang kena hadir taklimat dengan pihak pengurusan . Sebelah malam,maybe ada aktiviti . Kurang ingat pasal yang tu . Then hari keesokannya,orientasi untuk budak PASUM dah dimulakan . Orientasi ni selalunya seminggu . Rasa nak mati je masa orientasi ni . Tapi best la . Paling best masa hari last . Senior-senior yang jaga korang tu dipanggil sebagai PP or Pembantu Pelajar . Benda paling best masa orientasi ialah SUB . Bila korang dah masuk sini nanti,korang tahu la apa itu sub . Sub tu macam laungan semangat la . Nanti korang akan belajar macam mana nak buat sub . Siap kena menari lagi taw . Hehe . PP selalu cakap yang bila dah habis orientasi,maka bermulalah neraka untuk kamu . Yes . It's true for ME !!

Budak asasi hayat akan dipecahkan kepada dua kumpulan . Hayat 1 dan Hayat 2 . Budak asasi fizikal selalunya 1 group je sebab bilangan diorang lagi sikit dari hayat . Maklumlah , semua nak jadi doktor . Bila dah habis exam mid-sem , 80% budak hayat dah taknak jadi doktor . Kenapakah??? Budak hayat dan fizikal akan belajar 8 subjek . Apa yang membezakan budak hayat dengan fizikal ialah subjek yang dipelajari . Hanya 2 subjek je yang membezakan kami .

Subjek-subjek Asasi UM Semester 1 ( Fizikal)

- Algebra
- Calculus
- Fizik 1
- Fizik 2
- Kimia 1
- Kimia 2
- Muet (tidak dikira untuk menentukan pointer)
- Vektor *
- Sains Komputer *

Kalau untuk budak hayat , just tukar 2 subjek kat bawah dengan Biology .

*(subjek yang membezakan budak hayat dengan fizikal)

Subjek-subjek Asasi UM Semester 2 ( Fizikal)


- Statistik dan Kebarangkalian
- Algebra & Calculus
- Fizik 1
- Fizik 2
- Kimia 1
- Kimia 2
- English for reading (tidak dikira untuk menentukan pointer)
- Engineering Mathematics *
- Sains Komputer *


Kalau untuk budak hayat , just tukar 2 subjek kat bawah dengan Biology .

Jadual untuk 2 minggu pertama masuk PASUM memang longgar giler . Guna masa tu untuk berjalan-jalan pergi Mid-Valley ye . Mid-Valley dekat je dengan UM . Dalam 10 minit je . Bila dah masuk minggu ketiga,dah ada jadual tetap . Bahagian ni paling menyampah . Jadual termasuk dengan kuliah,tutorial,dan eksperimen . Untuk budak hayat,ada 3 eksperimen setiap minggu . Fizikal pulak , 2 je . Sebab takde eksperimen BIO . Jangan ingat jadual budak fizikal best pulak . Sama je . Budak fizikal ada banyak kuliah . kadang-kadang sampai 4 jam . Dah beku dalam auditorium tu . Untuk exam pulak , kalau mid-sem punya exam,soalan objektif je . Masa menjawab 1 jam . Untuk final , subjektif . Masa menjawab dalam 2 jam 30 minit kot . Jangan ingat result SPM korang dah gempak,korang boleh honeymoon bila masuk asasi . Dah ramai kawan-kawan aku yang ditendang sebab dapat pointer kurang dari 1.5 . So, better study awal-awal . Jangan jadi macam aku . Aku taknak korang menyesal macam aku . Setiap minggu ada tutorial . Pastikan kelapan-lapan tutorial tu siap sebelum kelas tutorial tu . Dan faham apa yang korang buat tu . If korang copy paste macam aku selalu buat,make sure korang faham apa yang korang tulis tu .

Eksperimen pulak korang kena buat sendiri-sendiri . Tu cuma untuk kimia je la . Kalau fizik,dalam group . If korang buat experimen kimia minggu ni, minggu depan korang dah kena hantar report tu dekat demonstrator bila time experimen yang minggu depan punya la . Kalau yang fizik pulak,sebelum buat experimen dah kena siapkan dan kena hantar pada hari tu jugak .

Setiap 3 or 4 minggu sekali , tutor korang akan buat test based pada soalan tutorial . Wajib bagi semua subjek except kimia . Tutorial kimia perlu dihantar setiap minggu . Pastikan siap taw ! Dan kumpulan tutorial akan diberitahu . Setiap kumpulan akan ada antara 25 hingga 30 orang . Kumpulan tutorial ni based pada exam English yang korang perlu jawab masa awal-awal masuk PASUM . Sape-sape yang BI dia memang expert tu,cerah la peluang dia dapat kumpulan first-first .

Nampaknya sampai sini je la bebelan aku . If ada apa-apa yang korang nak tanya,just komen ok ! Adois ! Assalamualaikum .




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;