Cinta Lama

Assalamualaikum. 
Pernah tak korang rasa perasaan putus cinta ? sha dah pernah rasa . rasa nya pedih sangat . sedih giler doh . huh . bukan setakat hingus yang keluar tapi dengan air liur sekali . hehe . takde la sampai macam tu kan ? erm . sha pernah hilang orang yang sha sayang . sebab ? nak tolong orang lain . dia orang pertama yang sha sayang . sampai sekarang pun . tapi dia dah tak kisah . dan sha pun tak nak la nampak cam tergila-gilakan dia . so, sha mengalah . 

sha kenal dia masa tingkatan 2 . time tu kami pergi kuiz keselamatan jalan raya . hensem ke dia ? haha . kanak-kanak , please don't judge people by their looks . cantik , hensem tu bergantung pada mata yang melihat . kita cakap tak hensem , tapi orang lain cakap hensem . dan begitulah sebaliknya . manusia tak ada yang perfect sayang oii . so, cukuplah sekadar sedap mata memandang , sedap lagi bahu memikul . then , kami start bercakap bila dia tengok sha makan MC FLURRY . sebab tu sha suka makan benda alah tu . heee . time tu on the way balik dari kuiz tu . then , kami sama-sama join group gamelan sekolah . merata kami pergi . sejak dari tu la kami rapat .

bila dah masuk form 3 , kami sekelas . jodoh la tuuu . haha . tengkorak kau jodoh . tu nama nya nasib . haha . sha suka tengok dia senyum . sha suka tengok dia buat kelakar . hehe . semuanya masih segar lagi . then , kami kapel . wahhhh . bahagia letteww . dah , senyap . 

bila dah masuk pertengahan form 4 , kami clash . bukan atas kerelaan . but , semuanya salah sha . sha tersepit antara cinta pertama dan rasa simpati kawan . btw , anggap je la kisah kami dah tamat kat situ . kalau la masa boleh diundur , kan best camtu . huhu . 

sekarang , mungkin dia dah bahagia dengan orang lain . ish , asyik-asyik sha kena duk sorang-sorang lagi . boring la . ada orang nak teman tak ? hehe . 

Cinta Sejati Hanyalah Kepada ALLAH yang Maha Esa

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

No comments:

Post a Comment