pembedahan plastik


assalamualaikum kawan-kawan . korang sihat tak sekarang ? sha sihat je . malah terlebih . hehe. maklum laa SPM dah tamat dari 5 disember lagi . hari ni sha nak bagitau yang blog sha ni dah buat pembedahan plastik dah . apa pendapat korang tentang blog sha yang baru ni ? kalau ada apa-apa yang korang nak sha ubah,bagitau je kat sha k . actually sha tergerak hati nak decorate blog sha ni sebab sha tengok budak umur 12 tahun pun boleh make up blog diorang jadi cantik . memang ada wow factor la . tenks la kat mana-mana blog yang sediakan tutorial tu . tuto korang memang menjadi la .sha ni budak baru lagi dalam berblogging ni , so korang ajar dan tegur la sha kalau sha ade terbuat salah ke ,terbuat baik ke . 


sebenarnya sha dah sediakan banyak plan untuk "kehidupan" lepas SPM tapi semua tu HAMPEH derr . punya la plan nak buat lesen kereta la , kerja la , date la . haha . tapi tengok-tengok satu pon tak jadi . lepas habis SPM ni pun, baru sekali je sha keluar date . keluar dengan kawan-kawan pon sekali je . hadoiii . malang betul hidup 'penganggur' ni kan ? sha sekarang ni kerja sebagai bibik kat rumah dengan gaji dua hinggit sehari . haha . adik sha yang darjah 2 tu pun dapat duit 5 hinggit tiap-tiap hari . dah naseb badan muka kau macam bibik,sha . terima je la . =_=' . 


tapi kan , naseb baik jugak la sha tak dapat PLKN . hehe . walaupun orang lain merayu-rayu sampai keluar hingus mintak nak pegi PLKN , sha tetap tak terdetik nak pegi . dah dasar pemalas camni la . TAHNIAH la kat kawan-kawan yang dapat PLKN tu . parents pun suka kalau korang dapat . bukan suka saja-saje ,tapi suka sebab penggunaan beras kat rumah berkurangan la kalau korang takde . tapi kalau korang dapat PLKN dekat kem yang artis-artis dapat , memang syok la kan . akhirnya dapat jugak tengok live . 


p/s : untuk pengetahuan budak-budak lepasan SPM  2011 , sha cuma nak inform yang permohonan UPU fasa 2 dah dibuka . tarikh tutup nya 4 april 2012 . kalau korang nak isi , bukak je upu.mohe.gov.my ni ok ?tu laman web rasmi UPU .


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

No comments:

Post a Comment