SpeechLess :l

aku bagi ganbar je kat korang hari ni . malas nak taip banyak-banyak . hehe .

  
abaikan batu permata di dagu tersebut . ;p








time ni aku pegi Jom Masuk U . hehe . kbai . :))

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Kaum Hawa Sangat Bertuah !



1. Do'a  wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka  keatas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.


6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh  rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya  adalah surga.


7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."


8. Surga  itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu  maka jawablah  panggilan ibumu dahulu.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada  suaminya dan rekannya ( serta  menjaga sembahyang dan puasanya ).


12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu  surga mana saja yang dia kehendaki


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )


15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1000 kejahatan.


16. Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan  baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT


17. Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan


18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan


19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Nafsu Yang Degil

                  

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

                        Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

                        Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

                        
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Membebel

Malam ni aku nak membebel . kesunyian yang melanda membuat aku gila . aku nak membebel dalam fesbuk , takot ada orang annoying pulak . so , aku lepas geram kat dalam blog aku ni la . aku tak taw kenapa perangai aku pelik sikit malam ni . baik aku mengaku sebelum orang cakap aku pelik . pagi tadi aku pegi terengganu . aku pegi mahkamah . sebabnya aku nak bercerai . sedih kowt . baru 2 tahun aku kawen dah kena cerai .malang nya nasib cik peah oii . 

hari tu aku terbaca dalam paper . dia bagitau kes perceraian ni banyak berlaku kat terengganu . terengganu memonopoli peratusan kes perceraian iaitu sebanyak 65 peratus sahaja . manakala negeri yang paling sikit kes perceraian nya adalah negeri kelantan . satu tepukan gemuruh untuk kelantan . tu la . orang dah cakap dah jangan kawen cepat-cepat tapi degil . nak jugak kawen awal . so ,tengok la apa dah jadi . tak sampai setahun kawen dah nak cerai . menyusahkan peguam je . 

asyik-asyik kalau cerai mesti sebab lelaki . kesian kat kaum adam . asyik-asyik diorang je yang dituduh jahat . eh ,pompuan pun sama jahat la . dan ada sesetengah tu lagi jahat dari lelaki .pompuan ni senang sikit nak dapatkan simpati orang . nangis sikit orang dah simpati giler . pompuan camni memang menjatuhkan maruah pompuan taw tak.jangan la selalu menghukum lelaki sedangkan pada hakikatnya kita yang salah . kalau suami jahat , terus dakwa . tapi bila isteri nusyuz , ada suami dakwa ? konklusinya , semua orang tak sempurna . 

mesti korang pelik kenapa tiba-tiba aku membebel pasal cerai-cerai ni .sebab aku tengok dunia sekarang dah biasa sangat dengan cerai ni .dah jadi style dalam masyarakat . aku bosan asyik dengar cite ni je hari-hari . dalam tv la , dalam radio la . even kat sekeliling aku pun . huh . seriusly aku tak suka dengan situasi cerai .

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Antara Kawan dan Kekasih


Antara kawan dan kekasih . pernah tak korang terpikir yang mana korang akan pilih . Dalam hidup aku , sekali dia menjadi kawan , selamanya dia akan tetap jadi kawan untuk aku .ekceli aku susah nak jadikan orang yang aku anggap sebagai kawan sebagai kekasih . aku tengok orang lain santaiii je buat camtu tapi aku tak leh . aku boleh tipu orang tapi aku tak leh tipu diri aku sendiri .aku ni senang terpikat tapi susah nak mencintai .mungkin aku tak pro dalam hal-hal camtu kowt . haha . :)

aku tengok kawan-kawan aku happy je dengan boyfie dyorang . alahaiii . tapi kenapa aku susah sangat ? tu la kau . memilih sangat . nak yang hensem , kaya , romantik . eh , biarlah cik jah oii . semua pompuan nak camtu . tapi bagi aku , agama dia je yang dapat tawan hati aku . jika hilang agama nya , maka hilang la perasaan cinta aku . wahh . bermadah nampak . *apa celupp . 

sebenarnya kita je yang nampak dyorang camtu kan? benda sebenar kita tak taw pun ntah-ntah dia pun cam kita . tapi bila aku pikir yang aku ni kecik lagi (konon-konon laa) , aku sepatutnya kejar cita-cita dulu . yang cinta tu biar dia pulak kejar kita . mesti menang marathon punya lah cinta tu . aku sebenarnya tak pandai nak taip entry best-best untuk korang . maklumlaa . aku ni kalau cikgu suruh buat karangan , mula la kemalasan aku yang teramat dashyat . *padahal semua subjek aku malas .

S.E.B.E.N.A.R.N.Y.A  A.K.U  M.A.L.A.S  N.A.K  T.A.I.P  E.N.T.R.Y . KBAI . ;P

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Lyface's Shawl Giveaway


Hai readers ! entry kali ni pasal GA by Lyface's Shawl . First of olllz , kena bagitau hadiah dulu kan ? baru la korang tu tergedik-gedik nak join kan ?ha , hadiah nya ialah seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi vouncher RM100 . bila korang dah dapat vouncher tu , jangan la pulak korang macam kerang busuk pegi mintak nak tukar dalam bentuk wang atau barang laen . pertukaran tersebut adalah di LARANG .

apa korang nak buat dengan vouncher RM100 tu ? Lyface's Shawl ni jual apa sebenarnya ? ish , korang ni lekkk luu . dah macam FBI pulak . meh sini aku bagitau . Lyface's Shawl ni bukan sekadar jual shawl je . DERESS dengan BLOUSE  pun dyorang jual . kalau korang tak dapat vouncher ni pun takpe . dah bukan rezeki kan . kalau duit tu berlambak je dalam tabung tu dan tak taw nak buat apa , pegi la online shopping kat Lyface's Shawl ye . semua baju-baju , shawl-shawl , cantik . nasib baik aku takde duit . kalau tak , dah lama aku rembat .

ha , dah nak join dah ? 
1.kalau nak join , klik je la SINI dulu ?
2.then , letak banner tu dalam entry anda dan link kan kat *SINI
3.bila entry korang dah siap , boleh la letak url entry korang kat  *SINI
4.wajib share gambar tu ye . :)
5.penyertaan ini sah sehingga 12/2/2012 jam 00.00 malam .(maksudnya pukul 12 tepat2)

ok la . nak pegi tengok cite GEMERSIK KALBU . join jangan tak join .


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Phat Hijabs 2nd Giveaway


Hollaaa semua ! :)
hari ni aku nak cerita pasal GA yang aku nak join . kalau korang nak join , klik je la banner kat atas gunung everest tu ye . tarikh tutup GA ni pukul 11.59 malam 12 Februari 2012 . so ,apa tunggu lagi ? join la sebelum GA ni ditutup . adios !

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Awesome First Giveaway by Lysa and Fieka

Holaaa . kawan-kawan ! jom join GA ni .GA ni dianjurkan oleh blogger-blogger comel Lysa dan Fieka . kalau nak join klik la banner kat bawah ni ye . semua syarat-syarat dah dinyatakan dalam blog diorang . cuma perlu baca dan ikut je . hehe . :)


aku tag 2 orang kawan-kawan aku ni ye .

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Shidasyakirin Giveaway

Hai semua . entry kali ni pasal aku nak join GA yang dianjurkan by Shidasyakirin . kalau korang nak join , klik je banner comel lagi cute kat atas tu ok . then bacalah syarat-syarat penyertaan nya . jangan risau , blogger Shida cakap GA ni mudah je . hehe . hope kita sama-sama berjaya . :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang!


Olaaa . hai semua . arinie aku nak join satu GA by Cik Bunny . Aku excited sangat nak join GA ni sebab ni adalah kali pertama aku join GA . maklumlah , new blogger kan . tambahan lagi , hadiah-hadiah yang ditawarkan superb-superb belaka .

GA ni di sponsor oleh blogger-blogger cute ni .
Eza Stories: Blog
Angelfire Shops: Blog (tak wajib follow) / Fanpage
Pashmina Wardrobe: Fanpage 
Syazwani: Blog / Fanpage
Sejuta Rasa Mak Usu: Blog / Fanpage
Gojez Houz: Blog / Fanpage
Ajriya Amran: Blog
Nia Ryani: Blog
Niena Sofea: Blog / Fanpage
Miss Lovouis: Blog
Mosumart Design Enterprise: Fanpage
Dyahaha: Blog
Aisyah Hashim: Blog
Sho Reen: Blog / Fanpage
Nur Zulaikha: Blog / Fanpage  
Intan Nabilah: Blog / Fanpage

done ! kalau korang nak join , klik je banner comel kat atas tu ye . :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

ZULKARNAIN

Dalam kitab suci al-Quran , ALLAH S.W.T telah menceritakan mengenai seorang daripada hamba-NYA yang diberikan suatu amanah dan tugas yang amat berat untuk dilakukan oleh mana-mana manusia biasa . Hamba ALLAH S.W.T itu sekadar diperkenalkan sebagai Zulkarnain .

Zulkarnain telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T untuk membina tembok bagi 'memenjarakan' kaum Yakjuj dan Makjuj daripada mendatangkan petaka kepada dunia dan umat manusia .Tembok yang dibina tersebut hanya akan runtuh apabila hari kiamat sudah dekat dan ketika itu bangsa Yakjuj dan Makjuj akan keluar dan membuat kerosakan di bumi .

Sehingga kini , misteri berhubung identiti sebenar Zulkarnain tidak putus-putus dikaji dan dibincangkan . Menerusi al-Quran ,sekadar nama serta secebis daripada pengalaman tokoh itu yang diperkenalkan . Jesteru ,keseluruhan riwayat hidup Zulkarnain terus menjadi misteri .

Menerusi ktab suci al-Quran , Zulkarnain digambarkan sebagai seorang tokoh pemerintah agung yang memiliki peribadi mulia ,adil ,beriman kepada ALLAH S.W.T serta menghentikan kezaliman dan menegakkan keadilan .  Sehingga kini , terdapat 3 tokoh yang diyakini sebagai Zulkarnain . Pertama , beliau diyakini penyelidik sebagai 'Iskandar dari Macedonia' atau nama sebenarnya ialah Iskandar bin Philip , seorang pemerintah Macedonia . Iskandar juga digelar 'Alexander the Great' oleh pengkaji Barat . Kedua , Zulkarnain dikaitkan dengan Kursy al-Farisi iaitu seorang raja dari Parsi . Ketiga , beliau adalah seorang pemerintah yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s.

Namun , sehingga kini tiada siapa yang dapat mengesahkan mana-mana tokoh sebagai Zulkarnain kerana ALLAH S.W.T sendiri tidak menyatakan dengan lebih lanjut mengenai tokoh ulung itu di dalam kitab sucinya .
Hakikat tersebut menyebabkan identiti sebenar lelaki misteri yang namanya disebut dalam surah al-Kahfi itu akan terus kekal sebagai misteri selama-lamanya .

sumber : MISTERI DUNIA : RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA .


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Cari Kerja

Hello readers ! tadi aku dah isi borang upu aku . harap-harap la aku dapat asasi sains kan ? tapi kalau dapat bidang engineering pun ok gak . aku pilih asasi sains sebab aku nak sangat jadi ahli kimia . orang cakap kalau nak berjaya dalam hidup , kita kena la pilih bidang yang kita minat . yeke ? tapi ada jugak kes yang orang dapat bidang pengajian yang diorang tak minat . but don't wolly-wolly . bak kata ogy ahmad daud , tak kenal maka tak cinta . so , belajar je dulu dan minat akan datang menyusul . :)

minggu lepas , aku nak pegi cari keje . haha . biar betik aku neh . betik la masalahnya sayang oii . dengan harapan akan dapat cari keje , aku pun bangun la awal . then , aku bagitau mama aku yang aku nak pegi cari keje . ikut la keje apa pun . asalkan halal . then , mama aku cakap  " kawan mama cakap dia nak cari pekerja kat farmasi dia , jom la kita try tanya dia " . dengan wajah gedik , aku pun bersiap-siap . aku tak reti nak makeup so aku pun pegi la dengan muka seposen camtu .

naik kereta sila pakai seatbelt ye.nanti tak pasal-pasal kena saman . :)

then , sampai kat farmasi pertama . tetiba , adoiii . maaf dik , akak dah ambik orang dah . huh . frust . takpe la janji dah usaha . then , satu hari mama aku balik rumah selepas pegi beli ubat . dia bagitau yang dia dah bagi nama aku kat pemilik sebuah farmasi ni . tapi kena tunggu orang tu kol aku dulu la untuk pegi interviu . sekarang ni dia tak kol2 lagi . sabar je la . nama lagi mintak keje dengan orang . 

maaf cik . saya dah tunang . hehe .
 ok . usaha cari keje hari tu dikira berjaya la kot . kalau aku tak dapat jugak keje kat farmasi tu , aku cari keje lain pulak . usaha tangga kejayaan . haha . amal-amalkan dan selamat beramal . (^_^)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Tutorial : Letak Background Dalam Blog

Assalamualaikum . 
Hai . Tutorial kali ni pasal cara nak letak background dalam blog .


ha . korang nampak tak background polka dots yang warna pink tu ? korang boleh ubah background tu ikut suka hati korang . 

1.Dashboard > Design > Edit HTML 

2. korang search kod kat bawah ni guna CTRL + F .
body {

3.kalau dah jumpa , korang copy kod dibawah ni dan paste di bawah kod yang korang cari tadi .

 background:url(URL gambar);

4.kalau dah ada kod macam kat bawah , sila la delete ok dan ganti dengan yang tadi . :)

background-color:#000000;
 atau yang ni ,
background:#000000;

 5.then korang preview . dah jadi ? save terus ! :)

*Warna Pink : letak url background yang korang nak .

*boleh dapatkan background KAT SINI . pilih url yang DIRECT LINK tu ye .

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Tutorial : Cara Nak Guna CTRL + C

Assalamualaikum . 
Tutorial kali ni pasal cara nak guna CTRL + C pulak . korang perlu guna CTRL + C ni kalau nak copy mana-mana kod kalau korang tak boleh tekan right-click untuk copy.

1.mula-mula korang kena highlight kod yang korang nak copy tu .
2.then , korang tekan CTRL + C (serentak)
3.ianya dah automatik dicopy.
4.then , korang boleh la paste kod tu kat mana-mana yang korang nak . so , jadi tak ? :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Tutorial : Cara Nak Guna CTRL + F

Assalamualaikum .
hai semua ! hari ni aku nak ajar korang cara nak guna CTRL + F pulak . benda apa CTRL + F tu ? dan apa pulak fungsi nya ? hehe .




fungsi CTRL + F ni untuk memudahkan korang cari apa-apa kod kat EDIT HTML. tu je la . hehe . kalau nak cari kod apa-apa , taip je dalam box putih yang tersedia tu ok . :)

*korang kena la tekan CTRL + F tu serentak ye .

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Tutorial : Cara Tick Expand Widget

Assalamualaikum .
Hello readers !! hari ni aku nak ajar korang basic dalam mencantikkan blog . ramai yang dah taw pasal cara nak tick expand widget tu tapi bagi sape yang tak taw boleh la usha tuto ni ok . jom kita belajar camne nak buat ! :)
kenapa kita kena tick expand widget ? sebab kita nak cari kod yang takde bila kita nak search .

1.Log in > Dashboard > Design > Edit HTML

2.Tick expand widget template tu ok . :)


3. Then , korang boleh la search kod yang korang nak tu . peace !

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

Tutorial : Favicon

Assalamualaikum .
arinie aku nak ajar korang cara nak buat FAVICON . kalau korang tak taw apa favicon tu, korang boleh la rujuk gambar kat bawah ni ok ?


ha , nampak tak ? yang bentuk epal tu la favicon . nak taw camne nak buat ? jom ikut step kat bawah ni .

1.Dashboard > Design > Edit HTML > Tick expand widget template 
2.tekan CTRL + F , search kod kat bawah ni ok .

</head>

3. bila dah jumpa , copy kod kat bawah ni dan paste kat ATAS kod </head> tu tadi ye . :)

<link href='URL gambar' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

<link href='URL gambar' rel='icon' type='image/x-icon'/>

 4.lepas tu tekan preview ,bila dah jadi , korang save la ye .

5.kalau nak copy kod diatas , sila tekan CTRL + C . (serentak)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;