ZULKARNAIN

Dalam kitab suci al-Quran , ALLAH S.W.T telah menceritakan mengenai seorang daripada hamba-NYA yang diberikan suatu amanah dan tugas yang amat berat untuk dilakukan oleh mana-mana manusia biasa . Hamba ALLAH S.W.T itu sekadar diperkenalkan sebagai Zulkarnain .

Zulkarnain telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T untuk membina tembok bagi 'memenjarakan' kaum Yakjuj dan Makjuj daripada mendatangkan petaka kepada dunia dan umat manusia .Tembok yang dibina tersebut hanya akan runtuh apabila hari kiamat sudah dekat dan ketika itu bangsa Yakjuj dan Makjuj akan keluar dan membuat kerosakan di bumi .

Sehingga kini , misteri berhubung identiti sebenar Zulkarnain tidak putus-putus dikaji dan dibincangkan . Menerusi al-Quran ,sekadar nama serta secebis daripada pengalaman tokoh itu yang diperkenalkan . Jesteru ,keseluruhan riwayat hidup Zulkarnain terus menjadi misteri .

Menerusi ktab suci al-Quran , Zulkarnain digambarkan sebagai seorang tokoh pemerintah agung yang memiliki peribadi mulia ,adil ,beriman kepada ALLAH S.W.T serta menghentikan kezaliman dan menegakkan keadilan .  Sehingga kini , terdapat 3 tokoh yang diyakini sebagai Zulkarnain . Pertama , beliau diyakini penyelidik sebagai 'Iskandar dari Macedonia' atau nama sebenarnya ialah Iskandar bin Philip , seorang pemerintah Macedonia . Iskandar juga digelar 'Alexander the Great' oleh pengkaji Barat . Kedua , Zulkarnain dikaitkan dengan Kursy al-Farisi iaitu seorang raja dari Parsi . Ketiga , beliau adalah seorang pemerintah yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s.

Namun , sehingga kini tiada siapa yang dapat mengesahkan mana-mana tokoh sebagai Zulkarnain kerana ALLAH S.W.T sendiri tidak menyatakan dengan lebih lanjut mengenai tokoh ulung itu di dalam kitab sucinya .
Hakikat tersebut menyebabkan identiti sebenar lelaki misteri yang namanya disebut dalam surah al-Kahfi itu akan terus kekal sebagai misteri selama-lamanya .

sumber : MISTERI DUNIA : RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA .


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

No comments:

Post a Comment