Menuju masa hadapan :)

Happy thursday readers . minggu depan dah masuk bulan baru . bulan yang mungkin akan memenatkan aku . wahhh . macam best je kan . keputusan samaada aku layak ke tak pergi interview program khas JPA , keputusan UPU yang akan menentukan aku dapat masuk Uni mana , shopping barang-barang keperluan untuk masuk Uni lagi . part yang paling best tu mestilah shopping kan . hehe . btw , kmarin aku dah semak keputusan kemasukan ke matrikulasi 2012/2013 . aku dapat pergi kat kolej matrikulasi PERLIS . dia nak suruh aku pergi Langkawi laaaa tuuuu kan ? haha . best jugak wei . dapat usha mat-mat saleh kat situ . dapat borong coklat kat Haji Ismail Group. Setiap kali nak balik rumah , mesti beli kat mama set pinggan mangkuk . *memangdasarperempuan :p

Tadi aku pergi shoot gambar passport . Malu betul aku tadi . Mamat yang tolong hambek gambar tu handsome gilerr kowt . errr , MAAFKAN SAYA *ala-ala zizan . Secara automatik , senyuman ku berganda .perasaan malu semakin menebal.  oh tidak . *apasal tetiba gedik je entry aku kali ni . 

Mama cakap nak gambar berapa keping . erm , aku cuma cakap tak tahu je . then , mama cakap kat orang kedai tu . "gambar tu buat 36 keping la " .waahhh .  mengalahkan Neelofa pulak . then , aku tanya mama , "comel ke tak gambar ni" (dalam standard form untuk memahamkan korang) . Mama cakap "apasal tembam sangat pipi neh " . Dengan rasa rendah diri nya , aku cakap berat badan aku dah naik 3kg sejak duduk rumah ni . alaaa . tembam pon tembam laa . janji cute . hahaha *gelaksampaistroke

Then , aku mesej cik boyfie . "awak , nak tengok gambar passport saya yang 'cute' lagi 'comel' tak ?" . dia reply . "nak . " . jawapan dia memang tak ikhlas kan . kahkah . macam la aku kisah kalau dia tak nak tengok pon . 
secara konklusinya , siapa nak tengok gambar passport aku ?? siapa excited nak tengok ?? SAYA . SAYA !!

see . pipi TEMBAM kan ? gara-gara lemak 3kg  . 
ok . akibat terlampau gedik melihat abang camera man yang handsome , aku jadi tersipu-sipu malu . MAAFKAN SAYA . apa pendapat korang tentang gambar aku ? adiosss . :)))

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

2 comments:

aisharz said...

comel :), apply JPA? engineering tu eh,, good luck

sha al nashfah said...

tq dear . ye . sy apply utk engneering . :))

Post a Comment