Siapakah ?

Olaaaa . dah lama la tak update blog (padahal baru berapa hari kan ? . :p ) . hehe . cuba tengok tajuk kat atas tu . hmm . siapakah ? siapakah apa ? cuba korang teka . kalau betul , aku bagi gula-gula seposen dua . teeet . masa menjawab dah habis . nasib baik , kalau tak rugi gula-gula aku . sebenarnya siapakah adalah ditujukan kepada manusia . bukan animal yerr .kalau untuk animal , kita tak guna siapa , kita guna apa . eh,apasal aku tetiba jer jadi nerd neh ? aigooo . ok2 . back to normal . 

Sebenarnya aku pun tertanya-tanya siapakah manusia itu . Alaa . muka tak de la comel sangat , tapi kenapa la aku asyik teringat kat dia je . sape orang tu ? begini cerita nya . 

pada suatu hari . jeng,jeng,jeng . woi , korang ingat ni cerita seram ke ? aku bukan david teo nak buat cerita camtu . then , aku bangun pagi dengan gembira . ohhh,segarnya udara pagi . aku lihat henset ku . perghh . orang tu la .yang aku asyik duk teringat . memang annoying kan aku la . bangun-bangun dah tengok dia . tapi comel la pulak bila tengok banyak-banyak kali kan . so , aku buat keputusan untuk tengok banyak kali . err , heeee . Setelah hampir 5 minit melihat wajah comel tersebut , aku bangun untuk mandi . Ketika hendak mengambil air di dalam baldi , aku ternampak wajah manusia tadi . waahhh . nampak muka dia la dalam air . tengok . dah tergendala aktiviti aku . Dengan cepat aku mandi dan tergesa-gesa keluar .

Ketika menghadap cermin , sekali lagi wajah itu muncul . Kenapa aku asyik nampak dia je ? angau ke ? Takpe la . dah nampak tu layan je la . aku tetap sabar sambil berfikir . sape la orang tu ?

Then , bila aku bukak facebook(fb) . 

mai aiiii . muka ni lagi . dah takde muka orang lain ke dalam dunia ni ? cisss . boleh dia buat peace kat aku ? memang makan penampar betul la . dah la aku dah lama cuak dengan budak ni tapi dia buat derkk je . muka memang innocent . kalau korang duk kat tempat aku , aku rasa dah lama dah korang bakar budak ni . Huh . comel pulak gambar fb dy .jeles betul aku . tapi aku rasa gambar edit tu . kalau nak bandingkan dengan aku , memang aku lagi comel la kan ? *wink2 .

so , kesimpulannya . korang nak tengok tak budak tu ? ni ha . tengok la puas2 . muka ni memang annoying kan aku je . 

ni la manusia tu . mana tak annoying . muka cam aku kowt . nama pon sama . ish3 . :p


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

2 comments:

Ini Kisah Tia said...

hahaa .. dah cakap pasal diri sendiri . wuahahaa :)

sha al nashfah said...

hehe . macam biasa la bab2 ckp sorg2 ni . :))

Post a Comment