Aku Mahu Bunuh Diri !

Hidup terasa sunyi . Aku mula merasakan ALLAH itu tidak adil . Kenapa DIA menduga aku disaat aku dilanda cinta . Hidup pun dah tak berguna . Si dia pun dah tinggalkan aku . Betapa malangnya nasibku . Ya ALLAH , cabutlah nyawaku sekarang . Aku tidak bisa bernafas dan mengharungi kehidupan ini tanpa cinta si dia .SubhanALLAH . Begitu sempit pemikiran khalifah ALLAH yang putus cinta . Saban hari , kedengaran di radio , tersiar di televisyen , tersebar di internet , mengenai manusia yang bunuh diri kerana ditinggalkan kekasih ."Terjun dari tingkat 12 kerana bergaduh dengan pasangan"."Simbah asid kerana cemburu". Aku percaya bahawa Nabi Muhammad S.A.W. begitu sedih mengenangkan situasi dan akhlak umatnya . Kenapa kita mengagung-agungkan si dia sampai terlupa siapa pencipta kita ? Kenapa kamu sanggup mencabut nyawa sendiri ? Tidak malukah kamu kepada ALLAH yang menghidupkan kamu ? 

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah orang yang paling kita cinta . Jangan anda hancurkan maruah dan hidup anda kerana cinta . Terlupakah anda pesan bijak pandai :
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, " Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."

Dahulu dia la yang terbaik . terhebat . dan segala ter,ter lagi . Apabila ditinggalkan dia la yang terjahat , terburuk dan lain-lain .Hebatnya dugaan 'frust' ni kan ? Bila bercinta, "abang sayang ayang " , " papa sayang ibu " . tapi bila dah putus , " bila masa aku pernah sayang kau hah ? " , " eh , jangan panggil macam tu boleh tak ? geliiiiii laaaa . " Bila bercinta , segalanya -galanya rasa nak bagi kat si dia . sampai maruah pun sanggup kamu cemarkan . Wahai perempuan , usahlah terlalu murah ! Ingatlah yang kamu mungkin akan ditinggalkan apabila si dia telah mendapat apa yang diingini . 

Para umat Nabi Muhammad S.A.W. yang soleh dan solehah , bersyukurlah kamu apabila kamu putus cinta dengan manusia kerana kamu semakin dekat dengan ALLAH S.W.T. Aku juga tidak terlepas dari pengalaman pahit ini . Aku juga pernah merasakan apa yang kamu rasakan . Saban hari aku menangis .Tidak rela hati ini untuk berjauhan dengan si dia. Apatah lagi apabila melihat si dia bahagia bersama wanita lain . Setiap saat aku memohon kepada ALLAH agar dihapuskan perasaan ku terhadapnya . Kerana itu juga , aku semakin kuat . Aku semakin dekat dengan ALLAH . Jiwaku tenang . Emosi ku stabil . Aku malu kerana menangis disebabkan manusia dan bukan disebabkan ALLAH.Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

Masa telah membawa semua sejarah hitam itu pergi . Setiap yang berlaku tidak akan dapat kita mengubahnya kembali . Sejarah tidak dapat dilupakan . Tetapi sejarah mengajar kita untuk belajar menerima hakikat dan memulakan hidup baru .InsyaALLAH ada hikmah disebalik apa yang terjadi . Amin .
ikhlas dari saya : Norshahirah 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

No comments:

Post a Comment