Satu Bulan Dah Berlalu ...

Dah lama gila aku tak update miss epalburuk ni kan . Kesian pakwe aku . Asyik-asyik dia tanya " bila nak buat entry baru ? Dah bersawang dah blog tu . " Hehe . Sabar la sikit . Bukan senang nak mengarang ni . Dah la aku memang tak minat menulis ni , sebab aku kan PEMALAS . ok , back to our topic . Satu bulan dah berlalu . Dah satu bulan dah aku berhempas pulas di Universiti Malaya ni . Asasi is tough . Kalau korang tak boleh kawal stress , korang mungkin tak boleh survive kat sini . Jadual kuliah kitorang kat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya or known as PASUM ni memang full . Rehat 1 jam je . Kelas start pukul 8 pagi sampai 5 petang . Tapi sebab dah terbiasa , benda ni jadi ok . Dah jadi sebahagian dari hidup kitorang .


Kat atas ni la tempat kitorang belajar tiap-tiap hari . Aku snap picture tu dari tingkat 6 . Hehehe . Time tu aku kena masuk makmal kimia untuk buat experiment . Aku paling benci buat experiment sebab demonstrator tu asyik suruh buat cepat-cepat je . Dia ingat senang ke ? Tapi tu la cabaran nya kan . Belajar tak ada yang senang .Yang paling penting , kat PASUM,korang kena bersaing dengan student-student genius . haha . Jangan ingat kitorang kat PASUM ni tak pandai , benda yang kitorang belajar lagi banyak dari budak ambik A-Level untuk oversea . :))

Walaupun sibuk , aku tetap ada masa untuk jalan-jalan tengok KL . Study tu study jugak tapi ENJOY tu pun penting . Most students kat UM , bila weekends , ramai yang pergi "rumah kedua" diorang . Rumah kedua diorang tu MID VALLEY la . Bila weekends je , mesti ramai budak UM kat situ .


Ok . Terus abaikan muka diatas yerr *dah agak tembam. Upload tu sebab nak tunjuk yang aku pergi Pavilion jerrr . Haha . *gelak setan . Tour guide aku = Incik Naili Irfan a.k.a Cik Boyfie . Sebab dia la urat kaki aku dah mula membengkak . Asyik-asyik dia ajak aku keluar je . Haih . Hehehe . *Padahal aku sendiri yang nak keluar . Ok , isi penting yang aku nak cakap sebenarnya ... Lagi 2 minggu aku nak balik rumah !!!! HAHAHA * gelaksampaipengsan . =,=" . So , tamatlah entry aku untuk kali ni .

p/s: Sebab tulis entry ni , tutorial Algebra and Geometry aku tak siap-siap lagi . :p
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

No comments:

Post a Comment