BAGAIMANA MASA DEPANKU

Hello readers and followers . Do you have a nice day ?? I got a bad day . hehe . Why ? The Chemistry 2 paper was so difficult . I just can pray that i will not fail for that subject . Amin . Ok . Going back to our topic . Macam mana masa depan aku nanti ye ? Adakah aku akan dapat kerja yang aku nak ? Atau adakah kerjaya aku nanti memang terang-terang lain daripada apa yang aku harapkan ? Dengan siapa aku akan kahwin ea ? hehe . Bila dah sebut pasal masa depan , of cozzz la automatik fikir pasal tu . Adakah aku akan kahwin dengan orang yang aku kenal ? ataupun sebaliknya ? hmm . Quite difficult to think about it . Belajar pun tak habis lagi . Jangan nak mengada fikir pasal kahwin (mak aku cakap , bukan aku ye) . 

Dulu masa kecik-kecik dan umur setahun jagung bakar , cikgu selalu tanya nanti dah besar nak jadi apa . Cikgu ni takde soalan lain ke nak tanya , dah beriban anak murid dia . Asyik-asyik soalan tu jugak dia tanya . Ala , korang pon suka kan kalau cikgu tanya pasal tu. Kerjaya yang paling glamor masa kecik-kecik dulu mesti doktor , jurutera , guru . Kalau budak tu update sikit , keluar la cita-cita dia nak jadi astronaut . Apa itu astronaut ? Ala , takkan tu pun tak taw . Orang yang selalu pasang ASTRO kat rumah kita tu . Yang tu la ASTRONAUT . Tinggi betul cita-cita budak kecik-kecik ni kan . Tu masa aku dulu la . Masa budak-budak sekarang , cikgu tanya nak jadi apa , diorang pun mula la menjawab,

Murid A: Saya nak jadi pilot la cikgu . Sebab pilot handsome . Saya nak jadi macam Aaron Aziz dalam cerita Adam dan Hawa tu . 

Murid B : Saya nak jadi macam Neelofa je . Boleh pakai baju seksi-seksi , nanti masuk berita . Then orang gosip , nanti glamor la saya,cikgu . 

Murid C : Cita-cita saya takde la hebat macam diorang,cikgu . Saya cuma nak jadi macam JUSTIN BIEBER je . *ok . lempang je budak camni 




Sape pernah beli benda ni , cepat komen !! hehe 


Ok . Yang ni aku mengaku aku pernah main . hahaha . Love u so much, TIANG !!


Handphone zaman sekarang dah nak sama besar dengan benda ni dah . Benda ni pun touch screen jugak . :p

Masa depan saya nanti dah takde benda-benda ni semua . Kalau ada pun dalam muzium je kot . Kalau zaman sekarang ada budak-budak still main chewing gum lipas kat atas tu , mesti dah kena lempang dengan kawan dia kan ? Maklum la , budak-budak sekarang dah manja . Semua nak jadi manja macam Iphone . Kekadang korang kena la jadi kebal cam Nokia 3310 sikit. 


Ha , nampak tak kekebalan yang terserlah disitu ? Patot la train asyik accident je sekarang . 

By the way , apa yang aku nak simpulkan kat sini ialah kita tak payah nak fikir-fikir sangat pasal masa depan kita ni . ALLAH dah tentukan apa masa depan kita . Mana la syarikat nokia tahu yang Nokia 3310 ni akhirnya membawa kepada kecelakaan train . Err . apakah motif aku ni sebenarnya ? hehe .. Apa yang aku taw ialah cita-cita aku nak jadi engineer dah semakin pudar . haha . susah doe . :p

ok . nampaknya setakat ni je la bebelan saya yang motifnya tercampak entah ke mana . Otak dah mengalami kesesakan lalulintas akibat tidak tidur kebelakangan ini . Wish me luck for my final exam ok . TQ for reading !! (^_^)

ASSALAMUALAIKUM 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

No comments:

Post a Comment