Program Asasi Universiti Malaya

Hi . Disebabkan sekarang ni musim untuk isi UPU,aku pun nak share something about PASUM ni . Bagi lepasan SPM yang tertanya-tanya macam mana budak-budak PASUM ni belajar,berapa A kena dapat nak masuk PASUM,duduk kolej berapa,belajar berapa subjek dan soalan-soalan setopik dengannya , jom baca post ni . Maybe aku akan selitkan sedikit perbandingan dengan Asasi Uitm Puncak Alam dan post ni cuma sebahagian dari pengalaman aku dan apa yang aku rasa . Ok . Let's start .

First sekali,baru-baru ni aku dengar yang UM dah ketatkan syarat nak masuk PASUM . Means that korang kena hadir interview untuk masuk kat asasi ni . Nampak tak kemengadaannya kat situ ? Masa kitorang dulu takde semua ni . Alhamdulillah . Hihi . Dari pengalaman aku,budak yang nak masuk asasi UM ni kena dapat sekurangnya-kurangnya 9A , baru dapat masuk sini . Kebanyakkan budak asasi kat sini,semuanya dapat straight A's . Tak kisah la dapat A+ ke, A- ke ,janji A ye . Batch kitorang PASUM 2012/2013, masa mula-mula nak daftar punya la ramai gila . almost 2000 budak yang nak daftar . Batch kitorang paling ramai daftar untuk PASUM sampaikan bilik kat kolej tak cukup untuk menampung budak-budak ni . Program Asasi UM ni ada 2 semester . 1 semester,6 bulan ye . Means , asasi kat UM ni hanya setahun . Sekarang ni aku belum habis PASUM lagi . Program kitorang akan habis pada 14/4/2013 . Bila korang dah diterima masuk kat sini,jangan lupa untuk isi borang yang diberi dengan selengkapnya sebab nanti susah . Macam-macam masalah korang kena selesaikan . Medical check-up tu kalau boleh buat je la dekat hospital swasta . Hospital kerajaan lambat sikit . So,benda tu dah melambatkan kerja korang . Masa buat medical checkup tu,make sure kamu bagitau doktor or nurse yang kamu nak buat blood test . Hanya asasi UM je yang kena buat blood test . Dokumen-dokumen yang penting tu kalau boleh,buat salinan dan bawa bila datang UM . Salinan muka depan Bank Islam tu wajib bawak sebab nanti pihak pejabat PASUM nak uruskan hal elaun . Nanti diorang akan mintak salinan tu .

Awal-awal masuk PASUM,bawak duit banyak-banyak . Haha . Bukan apa . Nanti korang nak beli buku rujukan,senang . Hari pertama masuk asasi UM ,lepas dah daftar, korang kena hadir taklimat dengan pihak pengurusan . Sebelah malam,maybe ada aktiviti . Kurang ingat pasal yang tu . Then hari keesokannya,orientasi untuk budak PASUM dah dimulakan . Orientasi ni selalunya seminggu . Rasa nak mati je masa orientasi ni . Tapi best la . Paling best masa hari last . Senior-senior yang jaga korang tu dipanggil sebagai PP or Pembantu Pelajar . Benda paling best masa orientasi ialah SUB . Bila korang dah masuk sini nanti,korang tahu la apa itu sub . Sub tu macam laungan semangat la . Nanti korang akan belajar macam mana nak buat sub . Siap kena menari lagi taw . Hehe . PP selalu cakap yang bila dah habis orientasi,maka bermulalah neraka untuk kamu . Yes . It's true for ME !!

Budak asasi hayat akan dipecahkan kepada dua kumpulan . Hayat 1 dan Hayat 2 . Budak asasi fizikal selalunya 1 group je sebab bilangan diorang lagi sikit dari hayat . Maklumlah , semua nak jadi doktor . Bila dah habis exam mid-sem , 80% budak hayat dah taknak jadi doktor . Kenapakah??? Budak hayat dan fizikal akan belajar 8 subjek . Apa yang membezakan budak hayat dengan fizikal ialah subjek yang dipelajari . Hanya 2 subjek je yang membezakan kami .

Subjek-subjek Asasi UM Semester 1 ( Fizikal)

- Algebra
- Calculus
- Fizik 1
- Fizik 2
- Kimia 1
- Kimia 2
- Muet (tidak dikira untuk menentukan pointer)
- Vektor *
- Sains Komputer *

Kalau untuk budak hayat , just tukar 2 subjek kat bawah dengan Biology .

*(subjek yang membezakan budak hayat dengan fizikal)

Subjek-subjek Asasi UM Semester 2 ( Fizikal)


- Statistik dan Kebarangkalian
- Algebra & Calculus
- Fizik 1
- Fizik 2
- Kimia 1
- Kimia 2
- English for reading (tidak dikira untuk menentukan pointer)
- Engineering Mathematics *
- Sains Komputer *


Kalau untuk budak hayat , just tukar 2 subjek kat bawah dengan Biology .

Jadual untuk 2 minggu pertama masuk PASUM memang longgar giler . Guna masa tu untuk berjalan-jalan pergi Mid-Valley ye . Mid-Valley dekat je dengan UM . Dalam 10 minit je . Bila dah masuk minggu ketiga,dah ada jadual tetap . Bahagian ni paling menyampah . Jadual termasuk dengan kuliah,tutorial,dan eksperimen . Untuk budak hayat,ada 3 eksperimen setiap minggu . Fizikal pulak , 2 je . Sebab takde eksperimen BIO . Jangan ingat jadual budak fizikal best pulak . Sama je . Budak fizikal ada banyak kuliah . kadang-kadang sampai 4 jam . Dah beku dalam auditorium tu . Untuk exam pulak , kalau mid-sem punya exam,soalan objektif je . Masa menjawab 1 jam . Untuk final , subjektif . Masa menjawab dalam 2 jam 30 minit kot . Jangan ingat result SPM korang dah gempak,korang boleh honeymoon bila masuk asasi . Dah ramai kawan-kawan aku yang ditendang sebab dapat pointer kurang dari 1.5 . So, better study awal-awal . Jangan jadi macam aku . Aku taknak korang menyesal macam aku . Setiap minggu ada tutorial . Pastikan kelapan-lapan tutorial tu siap sebelum kelas tutorial tu . Dan faham apa yang korang buat tu . If korang copy paste macam aku selalu buat,make sure korang faham apa yang korang tulis tu .

Eksperimen pulak korang kena buat sendiri-sendiri . Tu cuma untuk kimia je la . Kalau fizik,dalam group . If korang buat experimen kimia minggu ni, minggu depan korang dah kena hantar report tu dekat demonstrator bila time experimen yang minggu depan punya la . Kalau yang fizik pulak,sebelum buat experimen dah kena siapkan dan kena hantar pada hari tu jugak .

Setiap 3 or 4 minggu sekali , tutor korang akan buat test based pada soalan tutorial . Wajib bagi semua subjek except kimia . Tutorial kimia perlu dihantar setiap minggu . Pastikan siap taw ! Dan kumpulan tutorial akan diberitahu . Setiap kumpulan akan ada antara 25 hingga 30 orang . Kumpulan tutorial ni based pada exam English yang korang perlu jawab masa awal-awal masuk PASUM . Sape-sape yang BI dia memang expert tu,cerah la peluang dia dapat kumpulan first-first .

Nampaknya sampai sini je la bebelan aku . If ada apa-apa yang korang nak tanya,just komen ok ! Adois ! Assalamualaikum .




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;

107 comments:

Anonymous said...

bole bawak kenderaan x?

sha al nashfah said...

kalau ikut peraturan tak boleh . tapi ada je yang bawak . :))

Anonymous said...

Buku rujukan perlu ke? Kalau guna nota lecturer dan tutorial cukup tak?

nur nadia said...

akak msh study kt um lg ke?

nur nadia said...

salam..,akak still study kt um lg ke?
bg akak asasi um@ uitm puncak alam is better chances?

sha al nashfah said...

@nur nadia

wkslm nadia . skrg dh xstudy dkt um dah . bagi kak sha , uitm is better . tapi kalau suka cabaran+stress dan adik ni jenis yang mmg hardworking,takde masalah punya kalau pilih UM pun . :)

Anonymous said...

Akk sy this year spm.. Nak mintak pndpt. Mane satu asasi yg ssuai sy pilih utk ambik course sains fizikal. Sb sy ni bkn jnis pndai gilerr.. Biasa2, tp sy x terer kimia. Sy nak jd engineer.

Anonymous said...

Sy x ske stress sgt kak. Takut msuk tnjung rmbutan plak.nt. Sb sy jnis otak giler2 and always happy go lucky.

Anonymous said...

kak nak tanya proses pembelajaran menggunakan bahasa melayu or english.

cik ra said...

skrg akak sambung study kt mana?

cik ra said...

1)skrg akak sambung study kt mana?
2)apa yg membuatkan asasi sains hayat/fizikal kt um ni tough?kn silibus sama ja dgn u lain..

cik ra said...

asasi sains dekat uitm plk mcm mana?apa beza dekat um ni?

cik ra said...

skrg akak sambung study kt mana?

muhammad haziq taqiuddin said...

dalam Um ada asasi apa? bila nak asasi ini akan dibuka kepada pelajar SPM 2013?

sha al nashfah said...

assalamualaikum adik anonymous . kalau adik nak specific terus dalam bidang engineering , boleh pilih UM . tapi subjek kimia tetap ada la . malah lagi susah dari kimia dekat sklh . UM punya syllabus lagi banyak dari asasi Uitm . so,pikir elok2 ok dear . :))

semua pembelajaran dalam BI ..

sha al nashfah said...

@cik ra

assalamualaikum cik ra . sory kak sha lambat balas .

1)skrg akak belajar dekat uitm je .

2)subjek je yang sama . tapi silibus lain . UM ni lagi advanced . ni berdasarkan pengalaman kak sha buat perbandingan dengan kawan yang pernah masuk uitm la

sha al nashfah said...

@muhammad haziq taqiuddin

assalamualaikum haziq . dekat UM ada asasi sains hayat , sains fizikal dan asasi alam bina . boleh isi untuk asasi ni guna UPU je . :)

khay said...

nak masuk PASUM~ =( minggu depan result spm...

khay said...

mesti akak ni pndai..

Anonymous said...

kami dpt 7A2B, lepaih ka nk masuk?

Anonymous said...

salam akak, klau x dpt 9a mmng x ada peluang nk amik asasi dkt um ke?

Anonymous said...

salam. kalau 8A1B mcne ? xley eh asasi kt um ? sains fizikal bley sambung degree farmasi x?

Anonymous said...

akak . sy spm 8a1b je , minat kimia , sy still keliru nk plih ape. kalau asasi sains fizikal bley sambung deg farmasi x ?

Najihah Muhd said...

salam, akak, result 8A ( A+/A/A- campur2) dan 1 B+ ( physics ) bole x dpt asasi sains hayat um?? S.O.S !!!

Anonymous said...

nak tanya >> saya dapat 7A 2B (bio n fizik)
akak rqasa saya patut amik asasi uitm atau um ?
sbb saya nak jadi pharmacist tapi bio b ,, agak sukar lah nak pilih yg mana >> mohon share kak

Anonymous said...

salam. saya minat dgn math, tp fizik tu kurg sikit. boleh ckp tak suke la. boleh ke nk ambil sains fizikal?

Anonymous said...

salam.. akak, semua golongan straight As dan pandai-2 ke kat asasi um ni ?

Aimy Shafiqah said...

salam. saya tgh confuse nak pilih PASUM or PALAM. mana satu peluang lagi cerah ? ke sama je? ke patut pilih PALAM sbb ada chance nak masuk sbb tak payah interview. dilemma dilemma

Anonymous said...

Hi kak.. akak dulu masuk UM ada interview tak?? nak tanya ni kalau misalnya kita terpilih untuk temuduga, so kalau sy dduk sabah sy kena dtg sana untuk interview??

frederica fred said...

Hai kak, kalau result spm 9A 2B+ bleh ke masuk asasi sains hayat um? Aku dgr plajar msti dpt straight A bru bleh msuk..

frederica fred said...

Hai kak, result spm 9A 2B+ layak ke masuk asasu sains hayat um? Aku dgr plajar msti dapat straight A baru boleh masuk..

Anonymous said...

Assalamualaikum..akak saya nak tanya haritu mohon upu saya letak asasi sains hayat um first sekali saya dgr org straight A je banyak dapat msuk course ni saya dapat 7a 2b betul ke?

AZNI NAZIRA ROZI said...

Assalamualaikum akak :) sye azni. Just nk tnya after dah ambik asasi sains hayat nie, boleh smbung ape pulak ek? sye tgh buat preparation for interview this saturday. So nak make sure sye tahu apa hala tuju sye after nie :) thanks for the info btw :) it's very helpful

Anonymous said...

salam kaq..nak minta pndpt sket bleh..urm 19/4 sy ad interview UTP kt Perak..then 20/4 sy dpt interview UM kt Qlate..kalu nk ikutkan,xsmpt nk blik..so,apa pndpat akak? conpiussssss

nur syuhada said...

Kat uitm tu..asasi sains dlm ni ke? If kite x fluent Sgt bi , Ade chance x nk improvekn bi

nur syuhada said...

Kat uitm tu..asasi sains dlm ni ke? If kite x fluent Sgt bi , Ade chance x nk improvekn bi

sha al nashfah said...

@khay

gud luck khay !! mesti dh dapat result gempak ni kan ?? hehe . kak sha tak pandai macam korang pun .. :)

sha al nashfah said...

@Anonymous

InsyaALLAH dapat . kalau tak silap masa kak sha dulu , paling minimum result spm dpt 8/9A bru dpt masuk UM

sha al nashfah said...

@Anonymous

wkslm . insyaALLAH ada peluang . :)

sha al nashfah said...

@Anonymous

wkslm . selalunya kalau nak ambik farmasi , kena ambik sains hayat . selalunya untuk budak sains hayat , UM akan pilih yang dpt straight As

sha al nashfah said...

@Najihah Muhd

wkslm najihah .sory kak sha lambat reply . insyaALLAH dapat . tapi susah sikit la . sebab UM akan pilih yang dpt straight As utk hayat

sha al nashfah said...

@Anonymous

if dapat B utk bio , kak sha prefer asasi uitm . sebab kebanyakkan kawan kak sha yang dkt asasi uitm , sng dpt pointer tinggi . so , cerah la peluang nak jadi pharmacist tu . :))

sha al nashfah said...

@Anonymous

hehe . suka math boleh consider ambik sains fizikal sbb banyak gila kot soalan math yang super hard utk korang jawab ! hehe . tapi kalau xsuka fizik , ni susah sikit . sains fizikal ni mmg fizik dan math kena strong and minat.

sha al nashfah said...

@Anonymous

wkslm adik . bukan semua straight As . kebanyakkan student asasi UM ni result spm dia antara 8-10A .

sha al nashfah said...

@Aimy Shafiqah

kalau nak less stress + sng dpt pointer tggi , pilih palam .kalau very hardworking + cepat belajar , apply pasum . sng ckp , kalau nak main2 jgn pilih pasum .

sha al nashfah said...

@Anonymous

Hi . dulu masa kak sha masuk UM , takde interview . yes , kena dtg UM untuk iv . :)

sha al nashfah said...

@frederica fred

hi frederica . boleh masuk sains hayat . tapi bio mesti A .

sha al nashfah said...

@Anonymous

wkslm dear . erm , sng ckp lebih kurg camtu la . ramai yg result gempak je dpt masuk UM ni . 8-10A ++ , insyaALLAH dpt

sha al nashfah said...

@AZNI NAZIRA ROZI

wkslm azni . so sory sbb lmbt bagi respon . banyak course yg kita boleh apply dgn asasi hayat ni . jnji kena dpt pointer tggi la . kalau still lagi nak sambung dkt UM , make sure pointer keseluruhan dpt 3.8++ .

sha al nashfah said...

@nur syuhada

salam adik . jangan risau , xfluent takpe . jnji yakin . bukan semua budak yang masuk asasi ni expert english . so , dont worry ok ! :)

Najihah Ismail said...

Akak kalau asasi pengajian Islam.n sains pulak camne? Bljr dkt pasum kl or nilam puri

Najihah Ismail said...

Kalau asasi pengajian Islam aliran sains plk camne? Bljr dkt pasum kl or nilam puri?

sha al nashfah said...

@Najihah Ismail

salam najihah . kalau pasal pengajian ISLAM , semua dkt nilam puri . dkt KL tu cuma ada asasi sains hayat , fizikal dan alam bina

Anonymous said...

Salam. Anak akak keep telling yg dia x nk masuk pasum sbb tough. Masa interview hari tu,
interviewer ada bagitau kemungkinan besar dpt pasum. Anak akak dpt 10A (6A+). Mmg betul ke stress masuk pasum ni. Masa isi upu uia is first choice. Possible x kalau tolak tawaran um & buat rayuan utk ke uia?




sha al nashfah said...

@Anonymous

wkslm . kalau dpt 10A mmg besar kemungkinan dpt UM . sbb mmg UM selalu pilih student yang dapat result tinggi2 . Bukan semua orang rasa belajar dkt UM tu tough . kalau kena caranya , kalau rajin dan konsisten masa dkt asasi , InsyaALLAH tak susah mana pun . Actually best belajar kat UM ni . cuma kena compete dan rajin . tak boleh buang masa . Kalau ikut pndangan saya , anak akak mesti boleh score dekat UM sbb kalau tgk result , anak akak mmg budak pndai .Lain org,lain cara penerimaan nya .Kisah saya ni pasal saya yang gagal , sebenarnya byk lagi experience ex-pasum yang berjaya . :)


Kalau pasal exchange U tu , saya kurg pasti. Boleh cuba tny pihak UPU sendiri sebab saya takut tersalah informasi .

Anonymous said...

Bdk hayat mmg wajib ambil fizik jgk ke akak?

Love Rain said...

Assalamualaikum, saya nak tnya. Dapat tawaran Asasi fizikal dekat um tp nak mintak tukar Asasi hayat boleh tak ?

Anonymous said...

Salam....saja nak sharing. Anak saya lepasan asasi sains hayat di PASUM. Nak sgt sambung pengajian di UM tapi disebabkan tidak lepas CGPA 3.8++ (hanya dpt 3.78) dia teruskan pengajian di UiTM dlm bidang kejuruteraan. Mmg diakui belajar asasi di UM tak boleh main2 dan tak boleh buang masa. Mmg sgt tough. Kerja kurus kena siap on time dan setiap minggu ada byk 'homework'. Jgn sekali2 suka copy & paste kerja org lain...sbb jika sendiri tidak faham nahaslah jwbnya. Kekuatan fizikal dan mental kena kental...tapi berbaloi2 jika berjaya...tidak berjaya dgn UM pun, org tetap respect keluaran PASUM. W/pun kini anak saya belajar di UiTM yg tidak kurang 'toughnya' (sbb ramai budak pandai di situ), tapi anak saya sudah 'lali' dgn tekanan sbb dia dah biasa. Itulah kelebihan belajar di PASUM. Kalau dpt peluang belajar di PASUM, grab the opportunity. Sebab pembelajaran di situ is the BEST. Selamat maju jaya utk yang berjaya mendapat tempat di PASUM. Mana2 uni yg dpt pelajar hasil PASUM sgt beruntung kerana pelajar2 inilah yg akan membantu menaikkan nama uni tsb. Inshaa Allah.

Ikin said...

Salam kak sy da trima offer utk ke pasum n akn dftr 25hb ni. Sy da buat medical check up tp masalahnye bila sy kte sy nk wat blood test nurse tu kte doctor kte x pyh sbb dia akn gna result urine test je. So mcmmne ni. Boleh ke mcm tu? Or sy still kna buat blood test?

Anonymous said...

Asasi slunya msk klej brap? Sbb stahu sya 12 tp dpt 10.

NajwaShukri said...

Kak sha, alhamdulillah saya ditawarkan asasi sains fizikal di um. Tapi boleh ke kalau saya nk tukar course nak ambik asasi sains hayat? Ada peluang tak tukar?

NajwaShukri said...

Kak Sha, alhamdulillah saya dapat tawaran untuk asasi sains fizikal di um tpi saya nak asasi sains hayat. Saya ada peluang tak nak tukar course nanti? Ke saya memang akan stay sebagai pelajar asasi sains fizikal.

Heir Governer said...

assalam..sye nk tny pe beza phy 1 n phy 2 & chem 1 n chem 2 stiap sem tu?theory n prctical?or what?xbrpe clear..hehe..btw nice blog!

Anonymous said...

Kt pasum xdak kelas agama ka?

Anonymous said...

AsSalam,akak nk tnya,anak akak minat subjek matematik dan minat nk amik jurusan sains aktuari,boleh ke dari asasi sains masuk drgree ke jurusan sains aktuari nnti.

sha al nashfah said...

@Anonymous


wkslm . insyaALLAH boleh ke degree sains aktuari . yg penting ,pointer kena tinggi .

sha al nashfah said...

@Anonymous

kat pasum takde kelas agama dik .

Anonymous said...

Salam. Akak, sye dapat 2nd intake sains hayat kt pasum. Sye was2 la nk pegy sbb mesti dorg da byk belaja. Sye takot xley catch up. 2nd intake byk x yg tertinggal?

Anonymous said...

Rasa2 nya asasi sains um tak lah susah tera mana sangat. Namun yg akan menjadikan sedikit kepayahan antara lain ialah :
1.susah nak dpt bas ke kelas terutama kolej 10. Maklum lah, schedule perjalanan bas tak boleh di harapkan langsung.kekadang kami terpaksa bermotor kaki saja ke kelas.
2.kalau boleh elak lah tinggal di asrama kolej 10 sebab bekalan letrik kerap terganggu. Malahan soket 3 pin hingga kini tak stabil. Nak charge hp pun susah.
3.kolej 10 kantin tak best. Cuma ada 1 gerai saja yg jual makanan bergoreng. Bayangkan lah dah tak lalu makan nasi goreng. Ni bulan puasa khabar nya gerai satu2 ini pun akan tutup.......bercuti kata pengendali gerai tersebut.
Jadi kalau boleh, minta kolej ke 12 saja......itu pun kalau di beri pilihan.......hahahaha.

Hanis Osman said...

Saya masih pelajar pasum..sama sahaja dengan kat sekolah..lecturer melayu..diorang ajar campur bm & bi..

Hanis Osman said...

Sebenarnya peraturan kata tak boleh sebab masalah parking sahaja..lagipun kolej nanti dengan kompleks pasum dekat sahaja..korang kena jalan kaki..

Hanis Osman said...

Haha..awak sama macam saya..suka math tapi tak suka fizik..tapi saya ambil sains fizikal..sebab tak nak bio..huhu..

Hanis Osman said...

APIDS at nilam puri setahun..at um at KL setahun..

Hanis Osman said...

Berbeza topik..fizik 1 belajar yang basic2 perkiraan dalam fizik..fizik 2 belajar pasal circular motion..kimia 1 belajar pasal atomic structure..kimia 2 belajar pasal organic compound yang homologous series tu..

Anonymous said...

Assalamualaikum ..sy student Asasi Pengajian Islam & Sains (APIDS) Nilam Puri .jngka masa asasi slama 4 sem , 2 sem d'nilam puri (kat sini ,smua blaja dlm bhsa arab n smua subject Arab , xsentuh pon utk subject sains) sedngkan 2 sem lagi akn smbung di UM kl thn dpn (disana bru stat msk asasi sains ,samada nk pilih sains hayat @ fizikal) ..kalau xsilap , APIDS ni diantara branch under PASUM kan ?..boleh x akak bg tips prsedian utk ke asasi sains thn dpn .mksd sy ,prkara/topic2 bg subject yg perlu faham betul2 sbg prsedian ..

Anonymous said...

hmm akak nak tanya dkt um ade course dip ape yg ditawarkan ?

KING OF SPEED said...

klau 8a1b add math bleh tak masuk asasi sains hayat?

Anonymous said...

salam.nak masuk um nilam puri kna straight A ker?ad interview ker utk asasi pendidikan islam,syariah dan usuluddin?

Anonymous said...

salam.klu nk msuk um nilai puri kna dpt straight A ker?ad interview ker utk asasi pendidikan islam,syariah dan usuluddin?

sha al nashfah said...

@Anonymous


wkslm .. saya tak sure kalau pasal berapa A yang UM nak untuk belajar di nilam puri tu .. semua asasi dekat UM ada interview .

Aisyah Rahim said...

Assalamualaikum kak, Macam mana saya nak mohon untuk asasi UM ni ya? Saya perlu pergi ke sana atau online UPU tu je.

Anonymous said...

kak...ape yang buat uitm nie cm less stress??bagi sebab-sebab sikit

Anonymous said...

@Anonymousnak num akak . tlog email kt ammarahmad1997@yahoo.com . Banyak nk tanya nih .

Anonymous said...

KAK KLAW DPT 6A ATAU 7A NK MSOK ASASI FIZIKAL BOLE X???.TP MATH NGAN FIZIK A

Anonymous said...

Can i ask whether we can enter degree program straight away into UM after asasi or we have to reapply through upu to get our placement?

Anonymous said...

Do we enter UM straight away for degree programme after asasi or still need to reapply through upu for placement?

Anonymous said...

Akak pelajar untuk asasi um selalunye masok bulan berape ? berape haribulan ye?

-SyaDa- said...

Assalam .sy dapat PASUM course asasi sc fizikal. the prob is sy xde la terer sgt bi then kadang2 suka main2 jugak. how can i remain there????? takutnyaaa. minggu depan daftarrrrrrrrr

Anonymous said...

salam kak. kalau pergi class wajib pakai baju kurung ke for perempuan? or is it bebas?

sha al nashfah said...

Wkslm . sory lambat reply . pakai baju kurung dik . :)

sha al nashfah said...

No . You have to re-apply through upu . UM will inform you further about this later .

Nadia Syafiqah said...

Okay sama batch . Bukak blog ni nak cek ada bank apa kat UM . Lupa plak . Haha .

sha al nashfah said...

Hi batchmate ! Rasanya ada CIMB , Bank Islam dgn BSN .

Unknown said...

nak tanya. kalau kena tendang pasum sebab ta lepas sem 1. macam mana future dyorang ? amek diploma ke ? start dari bulan berapa ? just tanya.

sha al nashfah said...

I think in this case , first2 diorang kena banyak google pasal kos2 yang diorang blh apply using SPM result . then apply sebanyak mana kos yang boleh . Dont worry . Rezeki kita pasti ada .

Macam saya sendiri , saya apply for ACCA course using my SPM result . walaupun tak kena tendang , result asasi saya was so bad . btw , google la pasal CAT-ACCA course kat intec . mana la tahu kot2 blh jadi my junior . hehe .

sha al nashfah said...

I think in this case , first2 diorang kena banyak google pasal kos2 yang diorang blh apply using SPM result . then apply sebanyak mana kos yang boleh . Dont worry . Rezeki kita pasti ada .

Macam saya sendiri , saya apply for ACCA course using my SPM result . walaupun tak kena tendang , result asasi saya was so bad . btw , google la pasal CAT-ACCA course kat intec . mana la tahu kot2 blh jadi my junior . hehe .

fasha shahida said...

Assalamualaikum kak sha, life akak di UITM macam mana kak? Stress sgt tak belaja kt situ? Sy jenis yg x suke belajar dlm tekanan . hehe.. Cube akak cerita skit life akak kt UITM tuu ? thanks akak

Anonymous said...

nak tanya, sbnarnye u cat acca student or science student? second, UM ade cat acca ke

hai qal said...

assalamualaikum ...english kene pro ke masuk asasi

Aryna Ishak said...

Akak, saya Sekarang tgh tunggu result spm dan akn try apply pasum, adakah saya kena polish knowledge saya sepanjang cuti ni untuk persediaan? Atau kita akn mula belajar dari awal

Alif Azzizul said...

Kak kalau kita x de basic kimia dan fizik waktu sklh menengah boleh amik asasi alam bina tak ? Sbb saya x amik fizik ngan kimia . Tapi it, eka, pd

Alif Azzizul said...

Kak kalau dari aliran lain nak masuk asasi alam bina boleh ke ? Sbb saya amik it,eka, pd je . Kimia fizik x amik

gee said...

salam kak, nak tnya.. klau asasi sains fizikal ni utk study engineering jh ke?? klau utk architecture or pharmacy bleh ke?? huhu. tq

Anonymous said...

terima kasih sis . i love it, helps me a lot saranghaeee

Anonymous said...

Kak klau dpt 7A2B boleh dpt asasi sains hayat ke ?

Anonymous said...

Kak, @ dpt 7A2B boleh ambil sains hayat kat PASUM ke ?

Anonymous said...

pasum ada pelajar non-muslim x?

Post a Comment