Association Of Chartered Certified Accountants ( ACCA )





Assalamualaikum . I'm thinking of posting some entry then this topic came up in my mind . I would like to introduce a little things about ACCA since not many of us know about this great programme . Ok . First of all , what is ACCA ? ACCA stands for the Association Of Chartered Certified Accountants , a leading international accountancy body . Program ni lebih kurang sama macam ijazah sarjana muda akaun la .. tapi dia lebih atas sikit .. If dah habis buat ijazah sarjana then rasa nak sambung buat ACCA , memang digalakkan . Sebabnya kita dah tambah lagi satu kelulusan kita dan peluang untuk dapat kerja memang makin menyebelahi kita .Lagipun negara kita memerlukan ramai akauntan-akauntan professional yang mempunyai kelulusan ACCA .



Apa la lebihnya ACCA ni ? Nampak macam biasa-biasa je . Kos ni kos yang jenis tak laku ke bila nak apply kerja ? Kenapa tak ramai orang tahu pasal ACCA ni ? Kenapa tak ramai yang belajar ACCA ni ? Haa .. tu sedikit sebanyak soalan yang selalu orang tanya bila aku cakap aku belajar dalam program ni . Ok , aku terangkan satu-satu secara ringkas sebab kalau panjang-panjang sangat korang tak faham ..


Kelebihan ACCA .

1 . Kau boleh kerja dekat organisasi mana-mana je yang terlibat dengan bisnes . Skop bisnes ni luas ye , bukan setakat duduk dalam pejabat kira keuntungan je .

2 . Bukan nak berlagak la tapi majikan dan klien kita pandang tinggi dekat kita kalau kita ada kelulusan ACCA .

3 . Boleh kerja dekat 170 buah negara yang diiktiraf sebab kelulusan ACCA bertaraf dunia ok .

4 . Korang nak ambik exam dekat mana-mana pun boleh . sangat fleksibel .

5 . Setakat ni exam secara bertulis ada dua kali satu tahun . Nak kerja sambil study pun boleh .

6 . On demand . Tak habis belajar pun dah boleh apply kerja dan ramai jugak yang akan offer kerja dekat korang .

7 . Bila dah habis belajar , still lagi tak dapat membership dari ACCA . kena kerja dulu minimum 3 tahun baru korang boleh berlagak letak gelaran Chartered Accountant (CA) dekat belakang nama korang .

8 . Gaji mahal sikit la dari lepasan degree . Ni berdasarkan survey aku la . Kalau aku salah , i'm sorry ok ?

9 . Boleh apply untuk dapatkan kelulusan ijazah dari Oxford Brookes University . Kira macam advance la . Taknak pun takpe .

10 . Markah bukan dikira berdasarkan pointer . Markah exam cuma ada lulus atau gagal dan percentage je  . Minimum markah untuk lulus , 50 % .


Dah banyak dah rasanya aku kasi kelebihan tu .. kalau korang hadam semua kelebihan tu bermakna korang tahu la yang memang ramai orang dan syarikat-syarikat yang akan offer korang untuk kerja . So , masalah menganggur tu memang takkan ada kecuali memang korang yang taknak kerja .


Masalah kenapa tak ramai yang ambik kos ni adalah perbelanjaan kos ni boleh dikatakan agak mahal di Malaysia . Semua yuran exam , yuran keahlian dan lain-lain yang berkaitan adalah dalam mata wang pound sterling . Kenapa ? sebab program ni ialah program antarabangsa yang berpusat di UK . maka semua fees perlu mengikut currency di UK . Sebab kedua kenapa tak ramai yang ambik ACCA ialah risiko yang tinggi . Setiap kali korang tak lulus untuk apa-apa subjek , korang kena ulang balik exam tu dan setiap kali ulang kena bayar yuran exam dalam pound sterling . Setiap subjek berharga dalam RM 250 sehingga RM 700 .Nampak tak permainan nya disitu ? haha ..


Setakat ni dulu la aku cerita pasal ACCA .. ada apa-apa soalan ? tanya aku kat ruangan komen . atau follow twitter aku @shaalnashfah dan tanya lah aku apa-apa je kat situ ..  adios .. assalamualaikum .



p/s : sekarang aku tengah ambik paper F4 , F5 dan F6 .. alhamdulillah aku lulus semua exam aku untuk foundation , CAT . Foundation CAT aku buat dalam masa 1 tahun .






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sha ! Like Kalau Suka ! ♥

;